Ahad, 4 Oktober 2015

GARLIC BREAD SIMPLE

GARLIC BREAD SIMPLE
Ini cerita semalam...Kes sebelum tidur...Si Husband lapar tengah malam..Dia request nak makan garlic bread..Maka saya pun cepat-cepat le buatkan...Saya dah ngantuk sangat..tapi husband saya jenis nak ada teman bila dia makan...So,,,cepat-cepat le buat apa yang diminta..
Saya buat pun simple dan guna bahan yang mudah je..
Resepinya:
Bahan-bahan
  1. Seulas bawang putih
  2. 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr
  3. Sedikit daun Parsley kering
  4. 1 sudu besar Planta/ Margerin/Butter
  5. 3 keping roti Gardenia
Itu je...Simple kan?....Resepi ni untuk seorang jer....Dapat le untuk  3 keping sebab husband saya suka sapu atas dan bawah roti..Kalau anda sapu sebelah roti je....mungkin boleh dapat 5 keping roti..


Kaedahnya:


Parut/Sagat bawang putih sehingga halus


Campur Planta, Bawang Putih, Serbuk Perasa dan daun Parsley ke dalam satu mangkuk

GAULKAN SEMUA BAHAN


Sapu ke atas permukaan roti
Bakar dalam oven selama 2 minit...kalau nak lebih garing..kena set oven lebih lama sikit..



Ini la hasilnya....
tak sempat  nak ambil gambar elok-elok....kena berebut sebab ada orang yang dah lapar sangat..




Selamat mencuba....sebab simple sangat..

Jumaat, 18 September 2015

TRANSFORMERS

TRANSFORMERS
Aktiviti hujung minggu lalu..Bawak anak jalan-jalan tengok transfomers kat Esplanade di Padang Kota Lama..Sebenarnya dah tiga kali jalan-jalan situ..cuma kali ni p malam sebab nak tengok lampu......
Lepas maghrib bertolak...20 minit dah sampai Padang Kota..Time tu orang tak ramai lagi...so, banyak le parking yang still kosong..Dapat le parking dekat dengan jalan masuk.
Anak le yang paling seronok.. Bila tengok cahaya yang menarik minat dia..terus tarik tangan abah  ajak cepat-cepat jalan...Anak dengan abah pusing-pusing satu padang..Mama tunggu dalam kereta je...Malas nak keluar kereta...


Lepas setengah jam kat situ, kami terus pi makan...Tanya anak nak makan apa...jawabnya "PIZZA"...so terus le p Pizza Hut kat Queensbay...order apa yang patut..lepas tu ngap le...Dah kenyang, kita balik tidur..


Pukul 10.30 malam baru sampai rumah...Dah letih...lepas mandi semua tidur....Selamat Malam...ZZZZZZZZ..

Khamis, 20 Ogos 2015

PULUT KUNING TANAK ( TAK PERLU KUKUS )



Assalamualaikum semua...

Arini tetiba tekak kitaorang satu family teringin nak makan pulut... Bila saya suarakan kat husband..laju je dia approve..senyum lebar plak tu..

Saya pun apa lagi..kerahan tenaga le suruh husband check beras pulut dalam pantry ada stok atau tak..

Alhamdulillah masih ada stok..sambil dia jenguk2 pantry saya geledah freeze tengok apa yg patut..maklum le..rumah kami ni kalahkan rumah orang bujang..semedang ada je benda yang x cukup..

Walaupun tak complete..still boleh dijalankan misi kami..mujur le otak masih berhubung......kikiki.....
Apa lagi mula le jalankan tugas memasing...Husband harus le turut serta..maklum la wife dia jenis buat kerja lambat...so kalau nak cepat, harus la tolong...kikiki..

Sambil sembang dan borak2 apa yang patut...maka siap le misi kami..kami makan pulut kuning ni bersama kari ayam ..

Untuk anak yang sorang, saya goreng ayam je..kuah untuk anak, saya masak santan dengan garam sikit....walaupun umur dah 3 tahun lebih..anak still x dapat terima makanan yang pedas walaupun sedikit..so, kena le ada benda yang x pedas untuk di masak setiap hari..

Ok la..nak bagi resepi la..walaupun korang x mintak..ni versi yang saya belajar dari mak..cara simple dan  mungkin akan sama dengan sesetengah orang..maklum le, pulut je pun..


PULUT KUNING TANAK (TAK PERLU KUKUS)

  • 2 CAWAN BERAS PULUT WANGI (Pulut biasa pun OK)
  • 1 CAWAN SANTAN PEKAT
  • 1 CAWAN AIR PANAS
  • 1 SUDU BESAR MINYAK ZAITUN (Minyak masak biasa pun OK)
  • 1 SUDU KECIL GARAM
  • SEDIKIT KUNYIT (Pewarna Kuning pun OK)
  • 1 HELAI DAUN PANDAN ( Kalau nak pulut berbau Wangi)

Nota : Semua sukatan cawan: saya just guna sukatan cawan beras yang tersedia dalam tempat simpanan beras..
Daun pandan : saya x guna sebab x ada stok...lagi pun saya guna beras pulut Wangi dari Thailand..

Caranya:
  • Cuci Beras Pulut dan Toskan
  • Masukkan Santan + Air Panas + Minyak + Garam + Kunyit  ke dalam periuk dan Gaulkan Sebati
  • Masukan Beras sambil gaulkan perlahan dan pastikan santan menutupi beras dan sekata.
  • Masukkan daun pandan
  • Letak periuk di atas api perlahan
  • Semasa mendidih..kacau balikkan beras supaya tidak berkerak.
  • Kecilkan api setelah santan kering dan tutup periuk dengan penutup sehingga masak
Nota: Resepi ini boleh menggunakan rice cooker..pastikan anda sentiasa kacau balikkan semasa mendidih dan setelah santan kering..ini untuk elakkan pulut berkerak.


Selamat mencuba resepi simple ni...
Photo Kari je disertakan sekali..Resepinya lain kali ye..Maaf jika ada kekurangan..

Jumpa lagi lain kali