Khamis, 20 Ogos 2015

PULUT KUNING TANAK ( TAK PERLU KUKUS )



Assalamualaikum semua...

Arini tetiba tekak kitaorang satu family teringin nak makan pulut... Bila saya suarakan kat husband..laju je dia approve..senyum lebar plak tu..

Saya pun apa lagi..kerahan tenaga le suruh husband check beras pulut dalam pantry ada stok atau tak..

Alhamdulillah masih ada stok..sambil dia jenguk2 pantry saya geledah freeze tengok apa yg patut..maklum le..rumah kami ni kalahkan rumah orang bujang..semedang ada je benda yang x cukup..

Walaupun tak complete..still boleh dijalankan misi kami..mujur le otak masih berhubung......kikiki.....
Apa lagi mula le jalankan tugas memasing...Husband harus le turut serta..maklum la wife dia jenis buat kerja lambat...so kalau nak cepat, harus la tolong...kikiki..

Sambil sembang dan borak2 apa yang patut...maka siap le misi kami..kami makan pulut kuning ni bersama kari ayam ..

Untuk anak yang sorang, saya goreng ayam je..kuah untuk anak, saya masak santan dengan garam sikit....walaupun umur dah 3 tahun lebih..anak still x dapat terima makanan yang pedas walaupun sedikit..so, kena le ada benda yang x pedas untuk di masak setiap hari..

Ok la..nak bagi resepi la..walaupun korang x mintak..ni versi yang saya belajar dari mak..cara simple dan  mungkin akan sama dengan sesetengah orang..maklum le, pulut je pun..


PULUT KUNING TANAK (TAK PERLU KUKUS)

  • 2 CAWAN BERAS PULUT WANGI (Pulut biasa pun OK)
  • 1 CAWAN SANTAN PEKAT
  • 1 CAWAN AIR PANAS
  • 1 SUDU BESAR MINYAK ZAITUN (Minyak masak biasa pun OK)
  • 1 SUDU KECIL GARAM
  • SEDIKIT KUNYIT (Pewarna Kuning pun OK)
  • 1 HELAI DAUN PANDAN ( Kalau nak pulut berbau Wangi)

Nota : Semua sukatan cawan: saya just guna sukatan cawan beras yang tersedia dalam tempat simpanan beras..
Daun pandan : saya x guna sebab x ada stok...lagi pun saya guna beras pulut Wangi dari Thailand..

Caranya:
  • Cuci Beras Pulut dan Toskan
  • Masukkan Santan + Air Panas + Minyak + Garam + Kunyit  ke dalam periuk dan Gaulkan Sebati
  • Masukan Beras sambil gaulkan perlahan dan pastikan santan menutupi beras dan sekata.
  • Masukkan daun pandan
  • Letak periuk di atas api perlahan
  • Semasa mendidih..kacau balikkan beras supaya tidak berkerak.
  • Kecilkan api setelah santan kering dan tutup periuk dengan penutup sehingga masak
Nota: Resepi ini boleh menggunakan rice cooker..pastikan anda sentiasa kacau balikkan semasa mendidih dan setelah santan kering..ini untuk elakkan pulut berkerak.


Selamat mencuba resepi simple ni...
Photo Kari je disertakan sekali..Resepinya lain kali ye..Maaf jika ada kekurangan..

Jumpa lagi lain kali

3 ulasan: